Monday, September 5, 2011

Salam Permulaan




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kuikuikui... Alhamdulillah, wujud juga blog aku yang cambest ni. Actually, aku cuba untuk tidak menggunakan bahasa pasar atau menulis menggunakan kata singkatan. 

Walaupun akan memberi kesan kepada rating tetapi jiwa aku berkata 'NO'. Mungkin aku seorang pencinta bahasa. Mungkin sebab aku dapat A1 dalam SPM Bahasa Melayu. Atau, mungkin sebab aku tidak mahu merosakkan bahasa anak bangsaku yang semakin rosak.
Rating juga berkait rapat dengan pengisian sesuatu blog. Jenuh juga fikir konsep apa yang sesuai dan menarik untuk ditulis. Fikir punya fikir, aku nak gabung konsep Islamik + Impian aku. 

Kenapa konsep Islamik? Sebab aku perlu juga melabur untuk akhirat. Hati aku perlu juga dijaga dan dirawat. Bahkan, ia adalah sebahagian dari dakwah. Saling ingat mengingati sesama muslim. Bukan nak bajet baik atau be a ustaz. Tapi, sebagai makanan rohani khususnya untuk diri sendiri.

Bagi konsep Impian; banyak perkara yang aku nak kongsi di blog ini. Aku nak kongsi impian atau matlamat hidup aku, hobi, motivasi diri, tips kewangan dan yang paling penting kisah insan tersayang. Impian yang ditulis dan diwar-warkan adalah lebih mudah untuk dicapai berbanding impian yang disimpan di dalam kepala.

''... Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang bertawakal kepada-Nya''
 [Al 'Imraan 3:159]



No comments:

Post a Comment