Wednesday, September 7, 2011

Canon EOS 500D


Ok guys, ini DSLR aku yang pertama dalam hidup aku Canon EOS 500D. Actually, kongsi beli dengan wife. Beli kat Mid Valley dalam harga RM2,000 sahaja. Harga pasaran dalam RM2,400++. Murah ke? Sebab masa tu beli  masa IT  Fair. Dapat free beg, tripod, kad memori 8Gb, dan filter. Tujuan beli sebab nak abadikan memori hidup bersama isteri yang baru dikahwini dan insan-insan tersayang. Tapi, yang penting beli sebab betul-betul minat. 
Saat entri ini ditulis, dah 9 bulan DSLR ini bersamaku. Daripada zero kepada bolehlah, sebab DSLR ni ada macam-macam function. Silap setting gambar boleh jadi gelap, blur dan ntahapahapantah. Tapi, kalau betul setting dan teknik, gambar tu macam pro yang tangkap. Apa yang penting? Sila baca manual yang disediakan. Kalau dah baca sikit, buat amali terus. Insya Allah, tak payah pergi mana-mana kursus untuk jadi mahir menggunakan DSLR. Macam aku.


Hah, tengok tu.. Macam-macam pilihan mode ada (top control).




Kalau dah setting kat top control, paparan berikut akan keluar.
 




Cara nak pegang DSLR pun kena ada gaya. Kita boleh tahu samada seseorang tu dah biasa dengan DSLR atau tidak dengan tengok gaya mereka pegang DSLR. Cara yang salah memegang DSLR akan memberi efek kepada mutu gambar yang diambil.


Horizontal

Vertical


Banyak lagi perkara tentang DSLR yang boleh dibincangkan. Dari segi penjagaan, penyimpanan, aksesori tambahan, mode program, teknik shoot, dan banyak lagi. Aku akan cuba kupas (elaborate) satu persatu mengikut ilmu di dada. Insya Allah, yang penting ada niat untuk belajar.


Tuesday, September 6, 2011

ZIKIR KEKAYAAN @ MALAIKAT



Siapa nak jadi kaya? Aku nak. Menjadi kaya adalah sebahagian dari IMPIAN aku. Banyak pro dan kontra nak jadi kaya ni. Ada yang cakap apabila dah jadi kaya ni kita akan lupa diri dan yang paling teruk lupa tuhan. Orang kaya ni selalu menjadi buruan orang yang berniat jahat seperti peras ugut, culik dan rompakan. Semuanya yang negatif (-ve) saja.

Dari sudut orang yang berKARISMA dan OPTIMIS macam aku, orang yang kaya ni lebih banyak manfaatnya kepada diri sendiri, keluarga, rakan taulan dan masyarakat sekeliling. Orang kaya ni adalah bebas dari masalah kewangan. Segala KEPERLUAN hidup dapat ditunaikan (bukan KEHENDAK hidup ye). Tak perlu memikirkan hutang bulanan, cuma perlu memikirkan pendapatan yang masuk setiap bulan.

Furthermore, orang kaya yang berKARISMA dan OPTIMIS macam aku, akan memanfaatkan hartanya ke jalan yang diredhai. Kalau bayar zakat, boleh cecah jutaan ringgit. Boleh buat yayasan untuk pendidikan anak-anak miskin. Bina masjid, rumah anak-anak yatim, kompleks sukan supaya budak-budak kampung lebih proaktif dan macam-macam lagi perkara yang baik-baik belaka.

Tapi, isunya boleh ke kita KAYA + BAIK HATI &... berjalan beriringan.

Semuanya berbalik kepada HATI (IMAN) ketika kita mencari/menuju kepada kekayaan tersebut. Kalau  kita mencari rezeki secara tidak halal atau shubahah seperti mengamalkan rasuah, riba dan penipuan, hasilnya kita akan menjadi orang kaya yang tidak kaya. Hati akan selalu gundah gulana. Fikiran tidak tenteram. Terlalu fikirkan pasal harta yang semakin susut dan yang paling teruk semakin jauh dari Allah swt.

Akan tetapi, kalau kita mencari harta dengan jalan yang halal, kekayaan yang dikecapi akan lebih bermakna. Hati dan fikiran kita akan menjadi tenang walaupun harta kita melimpah ruah. Ahli keluarga kita menjadi orang yang soleh/solehah. Semakin dibelanja harta tersebut, semakin bertambah pula. Wah, jadi orang kaya macam ni yang aku nak. Amin.

Jadi di sini aku nak kongsi zikir kekayaan seperti gambar di atas yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seseorang yang mengadu tentang kemiskinannya setelah BERUSAHA sekian lama seperti yang diriwayatkan oleh Hazrat Ibn Umar r.a:

Hazrat Ibn Umar r.a has reported that someone came to the Messenger of Allah and told him that the world has turned its back towards him and abandoned him. The Messenger of Allah told him "Where did you lose the prayer of angels and Tasbih-e-Khalaeq due to which they are given sustenance?. Thereafter he said, " Recite the following du'a hundred times at the sunrise:


And then, the world will come to you humiliated and down troden". The person then went away and turned up after a lapse of time and said, "O Messenger of Allah! The world (wealth) has come to me in so abundance that he does not know where to keep it."


Kisah Testimoni:
Setelah 4 bulan En.Arif Ismail mengambil VSS dari Telekom, beliau buntu memikirkan untuk  menjana pendapatan yang berterusan. Kemudian, beliau menjadi agen Unit Amanah dan telah mengamalkan Zikir tersebut secara istiqamah tanpa gagal. Jika tidak dapat menghabiskan zikir tersebut diwaktu pagi, beliau akan menghabiskannya sebelum tidur dimalam hari.

Dalam masa 3 bulan sahaja, beliau telah berjaya menjana pendapatan seperti mana beliau bekerja di Telekom. Dan kini, beliau telah berjaya memegang pangkat tertinggi sebagai agen Unit Amanah dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan. Namun yang penting, zikir, doa dan usaha haruslah berjalan seiringan disamping bertawakal kepada Allah swt.

Monday, September 5, 2011

Salam Permulaan




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kuikuikui... Alhamdulillah, wujud juga blog aku yang cambest ni. Actually, aku cuba untuk tidak menggunakan bahasa pasar atau menulis menggunakan kata singkatan. 

Walaupun akan memberi kesan kepada rating tetapi jiwa aku berkata 'NO'. Mungkin aku seorang pencinta bahasa. Mungkin sebab aku dapat A1 dalam SPM Bahasa Melayu. Atau, mungkin sebab aku tidak mahu merosakkan bahasa anak bangsaku yang semakin rosak.
Rating juga berkait rapat dengan pengisian sesuatu blog. Jenuh juga fikir konsep apa yang sesuai dan menarik untuk ditulis. Fikir punya fikir, aku nak gabung konsep Islamik + Impian aku. 

Kenapa konsep Islamik? Sebab aku perlu juga melabur untuk akhirat. Hati aku perlu juga dijaga dan dirawat. Bahkan, ia adalah sebahagian dari dakwah. Saling ingat mengingati sesama muslim. Bukan nak bajet baik atau be a ustaz. Tapi, sebagai makanan rohani khususnya untuk diri sendiri.

Bagi konsep Impian; banyak perkara yang aku nak kongsi di blog ini. Aku nak kongsi impian atau matlamat hidup aku, hobi, motivasi diri, tips kewangan dan yang paling penting kisah insan tersayang. Impian yang ditulis dan diwar-warkan adalah lebih mudah untuk dicapai berbanding impian yang disimpan di dalam kepala.

''... Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang bertawakal kepada-Nya''
 [Al 'Imraan 3:159]